Luiz sambung kontrak dua tahun lagi bersama Chelsea - Utusan Malaysia

Luiz sambung kontrak dua tahun lagi bersama Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mei – Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz menandatangani kontrak sambungan hari ini untuk terus berkhidmat dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu bagi tempoh dua tahun lagi.

Perkara itu diumumkan Chelsea dalam satu kenyataan selepas pemain antarabangsa Brazil berusia 32 tahun tersebut bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan sebelum berakhir kontrak lamanya penghujung musim ini.

Ini bermakna Luiz akan kekal sebagai bek tengah di Stamford Bridge sehingga Jun 2021 biar pun Chelsea di bawah Maurizio Sarri masih bergelut dengan prestasi yang tidak konsisten.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sarri kerap menjadikan Luiz sebagai pemain kesebelasan utamanya musim ini dengan 48 penampilan di semua peringkat pertandingan selain berjaya menjaringkan tiga gol. Luiz turut menjadi tonggak Chelsea untuk berada dalam kelompok empat teratas musim ini selain mara ke final Liga Europa menentang Arsenal 28 Mei nanti.

“Saya gembira berada di sini setakat ini malah diberi peluang untuk kekal pula. Saya sayang kelab ini dan masih bercita-cita tinggi seperti pemain muda. Paling bermakna bagi saya musim ini adalah layak ke final Liga Europa.

“Kami juga berpeluang menamatkan musim liga domestik dalam kelompok tiga teratas. Saya akan cuba terus memberikan yang terbaik dalam membantu pasukan ini di masa akan datang,” ujar Luiz.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia pula mendedahkan Luiz dikekalkan kerana dia kerap menjadi contoh kepada pemain lain selain mempunyai pengaruh tersendiri di dalam dan luar padang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini