Murid tahun enam peluk Islam teruja berpuasa - Utusan Malaysia

Murid tahun enam peluk Islam teruja berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Mohd. Firdaus Hong Abdullah teruja menjalani ibadah puasa buat kali pertama selepas memeluk agama Islam, Mac tahun lalu.

Menurut Mohd. Firdaus atau nama asalnya, Lim Ching Hong, Ramadan kali ini adalah kali kedua buat dirinya dan dia masih belajar untuk berpuasa seperti umat Islam lain.

“Dalam keluarga, hanya saya seorang yang masuk Islam tetapi itu tidak menjadi penghalang kerana kedua-dua ibu bapa menyokong keputusan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu (Wan Dee Fandesa, 41) menyediakan makanan untuk saya bersahur manakala bapa (Lim Hun Kheng, 46) pula membawa saya ke bazar Ramadan untuk beli juadah berbuka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tunjang dekat sini semalam.

Ibu dan bapa Mohd. Firdaus masing-masing berketurunan Siam dan Cina.

Mohd. Firdaus yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, bapa­nya juga mengingatkannya untuk menunaikan solat apabila tiba waktu.

Jelasnya, hatinya terbuka untuk mememluk Islam ke­rana kebanyakkan rakan dan masyarakat di sekelilingnya adalah orang Melayu.

“Saya dibimbing keluarga angkat yang saya panggil tok wan (Aziz Isa, 63) dan iste­rinya, Samsiah Ahmad, 54. Mereka yang bantu ajar cara solat selain saya menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini