Bekas pegawai bekas menteri antara direman - Utusan Malaysia

Bekas pegawai bekas menteri antara direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Mei – Seorang bekas pegawai kanan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan merupakan antara lima suspek yang direman semalam membabitkan siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini pernah berkhidmat di bawah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sewaktu menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada sebelum ini.

Selain lelaki itu, turut direman Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama tiga suspek orang awam yang tempoh reman berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 13 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan SPRM telah menahan kesemua suspek yang berumur antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara pukul 12.00 hingga 12.30 tengah malam.

Berdasarkan siasatan awal, timbalan pengarah kanan tersebut telah secara rasuah menerima wang berjumlah RM200,000 daripada kontraktor sebagai balasan memberikan kerja penambahbaikan infrastruktur di bawah seliaannya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini