Amril sedia jumpa Affandi - Utusan Malaysia

Amril sedia jumpa Affandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Tokoh usahawan Datuk Seri Amril Aiman Abd. Aziz sedia mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Affandi Hamzah bagi membincangkan hasratnya untuk menerajui badan induk itu.

Amril Aiman berkata, pertemuan itu bagi menyahut seruan Bibi Ramjani Ilias Khan yang mahukan beliau bertemu Affandi seandainya betul-betul berminat mahu mengemudi KAFA.

 Menurutnya, pertemuan itu amat penting bagi membolehkan beliau mendapatkan maklumat lengkap mengenai KAFA seterusnya membolehkan persiapan awal dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Saya berharap proses peralihan kuasa ini berjalan dengan lancar bagi memastikan prestasi TRW dapat dipulihkan semula.

 “Namun begitu, harus diingat proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama antara sebulan hingga ke dua bulan,” katanya.

 Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Bibi Ramjani mahu Amril Aiman segera bertemu dengan Affandi sekiranya berminat mengambil alih pucuk pimpinan badan induk itu.

 Amril Aiman memberitahu, sebagai permulaan ia akan membawa masuk dana berjumlah RM2 hingga RM3 juta bagi menyelamatkan pasukan sejurus mendapat mandat.

 Katanya, langkah awal itu bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain dalam usaha menggelakan pasukan daripada tersingkir  ke Liga M3 musim depan. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini