TUDM bantu Esscom, ATB2 jaga keselamatan sempadan kawasan Sulu - Utusan Malaysia

TUDM bantu Esscom, ATB2 jaga keselamatan sempadan kawasan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersedia memberi bantuan mengikut keperluan demi menjamin keselamatan negara dan juga sempadan kawasan Sulu.

Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Mutalib Ab. Wahab berkata, di Sabah, aset dan anggota berada di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau dan juga di Labuan.

“Kita membantu menangani sebarang bentuk ancaman di Sabah melalui pengawasan ruang udara dan menyokong keperluan operasi pada setiap masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga sentiasa menyokong keperluan operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan juga Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada petugas PBOU Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata, PBOU adalah sebuah pangkalan hadapan menyokong operasi udara di persekitaran kawasan negeri Sabah dan juga berperanan melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi.

“Bagi mendokong peranan ini, TUDM telah menempatkan aset udara dari No. 7 Skuadron iaitu pesawat helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri bagi melaksanakan tugas operasi udara mengikut keperluan semasa,” katanya lagi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini