DOHA 10 Mei – Qatar menggesa Arab Saudi untuk menarik balik ‘sekatan dan halangan’ terhadap rakyatnya yang ingin mengerjakan ibadah haji tahun ini.
Desakan itu dibuat selepas Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan pendaftaran secara elektronik bagi membolehkan umat Islam dari negara ini ketika menunaikan haji atau umrah.
Selain itu, rakyat Qatar dan penduduk asing negara ini hanya dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah atau Madinah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun, menurut Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Nasional Qatar berkata langkah terbaharu itu adalah tidak wajar memandangkan laluan udara di antara kedua-dua negara masih disekat dan satu-satunya pos sempadan telah ditutup hampir dua tahun. – AFP











