Wanita warga China bersiar guna pasport tamat tempoh ditahan - Utusan Malaysia

Wanita warga China bersiar guna pasport tamat tempoh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 10 Mei – Tindakan berani seorang wanita warganegara China bersiar-siar di kawasan perairan Selangor seorang diri dengan menggunakan dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh membawa padah apabila dia ditahan pagi tadi.

Yuan Yuan Zheng, 46, ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi selepas dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang pada jarak 1.5 kilometer dari Pantai Tanjung Harapan.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) negeri, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, hasil daripada rondaan Op Ehsan yang dilakukan menemukan seorang wanita terbabit menaiki feri penumpang tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita terbabit dipercayai telah menetap di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan. Dia kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim negeri untuk siasatan lanjut.

“Kita akan terus meningkatkan pemantauan dan operasi serta membanteras sebarang jenayah di laut terutama ketika bulan Ramadan. Kita juga berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat, aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah dilaut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini