Datuk Seri lepas, bebas pukul anggota Rela - Utusan Malaysia

Datuk Seri lepas, bebas pukul anggota Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini melepas dan membebaskan Datuk Seri Liow Soon Hee daripada pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong dua tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan berkenaan selepas pihak pembelaan diwakili Datuk Rajpal Singh memaklumkan dua mangsa yang merupakan anggota Rela iaitu Leong Jun Jie, 23, dan Lee Weng Poh, 29, bersetuju menerima penyelesaian dengan pampasan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Tiada bantahan dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak membuat sebarang bantahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 4 November 2017, Soon Hee tertuduh didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan mencederakan tiga anggota Rela yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.30 pagi, 27 Oktober lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini