Resit pelancongan Malaysia cecah RM84.1 bilion - Utusan Malaysia

Resit pelancongan Malaysia cecah RM84.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 10 Mei- Resit pelancongan Malaysia mencecah jumlah tertinggi sebanyak RM84.1 bilion pada 2018 peningkatan sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Maybank Investment Bank Reseach (Maybank IB Reseach), per kapita resit pelancongan 2018 turut mencecah jumlah tertinggi sebanyak RM3,300 meningkat tiga peratus daripada tahun sebelumnya.

“Pencapaian ini disumbangkan oleh ringgit lebih lemah dan sebahagian lagi oleh peningkatan pelancong China iaitu purata pelancong China ke Malaysia membelanjakan RM4,200 lebih banyak daripada sumber pelancong utama yang lain,” katanya dalam Laporan Pelancongan ASEAN 2019 yang dikeluarkannya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan itu juga mendapati prestasi pelancongan tahun lepas menunjukkan ketibaan pelawat dan resit pelancongan tidak semestinya saling berkaitan secara sempurna.

Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia pada 2018 merosot 0.4 peratus tahun ke tahun kepada 25.8 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan ketibaan pelancong Singapura dan pemulihan ringgit berbanding dolar Singapura.

“Penurunan pelawat Singapura disebabkan oleh peningkatan kesesakan di pusat pemeriksaan darat berikutan pelaksanaan sistem biometrik baharu,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini