Cinta tidak direstui, lelaki nekad gantung diri - Utusan Malaysia

Cinta tidak direstui, lelaki nekad gantung diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Hubungan cinta tidak direstui dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Filipina menggantung diri di kandang kambing Kampung Sebuak, Kuching, Sarawak semalam.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun ditemukan maut selepas lehernya diikat dengan tali dan tergantung pada dahan pokok.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan terdapat lelaki menggantung diri pada dahan pokok di tepi sungai kampung terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, kita mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan tali terikat pada dahan kayu sebelum diikat pada lehernya sendiri.

“Pemeriksaan di lokasi juga tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Aidil memberitahu, mengikut keterangan abang angkatnya, mangsa sudah memeluk agama Islam dan masih bujang serta tidak mempunyai pekerjaan tetap telah bercinta dengan seorang wanita kampung itu.

“Namun, percintaan itu tidak direstui ahli keluarga perempuan berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa ada meninggalkan nota mengatakan dia amat mencintai kekasihnya dan akan pergi ke tempat yang wanita itu tidak dapat pergi serta tidak akan kembali lagi.

“Selain itu, mangsa juga didakwa mengatakan mahu bunuh diri agar kekasihnya tidak dapat melihat mukanya selain turut menyenaraikan nama orang yang akan menggali kubur dan mengangkat mayatnya,” jelasnya.

Tambah Aidil, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati tiada sebarang kesan luka atau lebam.

“Susulan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu kebenaran dari Kedutaan Filipina untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) kerana menggantung diri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini