Bursa Malaysia dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan pelabur memantau rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang sedang berlangsung, dan berakhir hari ini.

Pada 9.01 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.31 mata kepada 1,619.84, daripada 1,618.53 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka rendah 2.62 mata kepada 1,615.91.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 133 berbanding 58, dengan 121 kaunter tidak berubah, 1,598 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 49.69 juta saham bernilai RM19.58 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini