43 PATI warga Indonesia kempunan balik kampung sambut raya - Utusan Malaysia

43 PATI warga Indonesia kempunan balik kampung sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUTAN MELINTANG – Seramai 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mahu pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Perak dalam Op Landai di kawasan semak paya bakau Parit 14, Baroh di sini kelmarin.

Dalam serbuan yang dijalankan PPM Wilayah Satu Kampung Acheh, Sitiawan membabitkan Unit Risikan Marin, bot ronda PSC 16 itu turut mendapat kerjasama anggota Balai Polis Hutan Melintang dan Balai Polis Rungkup hasil maklumat risikan serta aduan orang awam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Satu Kampung Acheh, Deputi Superintendan Jafri Ahmad berkata, pihaknya berjaya menahan 43 orang warga asing termasuk 12 wanita dan dua kanak-kanak yang merupakan warga Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati 29 daripada mereka memiliki dokumen pengenalan diri tamat tempoh manakala 14 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka dipercayai mahu balik ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini