Hodak senarai 32 pemain jalani latihan pusat B-18 AFF - Utusan Malaysia

Hodak senarai 32 pemain jalani latihan pusat B-18 AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 32 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, bermula 14 hingga 24 Mei ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, latihan selama 11 hari itu adalah sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 18 Ogos.

Lapan pemain pula disenarai untuk menggantikan mana-mana pemain daripada senarai asal sekiranya mengalami kecederaan. – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini