2,000 petugas bersih Masjidilharam - Utusan Malaysia

2,000 petugas bersih Masjidilharam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 9 Mei – Sekumpulan lebih 2,000 tukang cuci bekerja setiap masa melibatkan empat syif bagi memastikan Masjidilharam sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang bulan Ramadan ini.

Arab News melaporkan, mereka membersihkan ke­seluruhan masjid dalam masa 45 minit dan mencuci marmar putih di sekitar Kaabah untuk tempoh 30 minit.

Selain itu, sebanyak 30 kenderaan elektrik khas, 67 mesin dan 400 liter air digunakan bagi membersihkan kawasan sekeli­ling Kaabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan lain, langkah-langkah keselamatan ketat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah dan warga Arab Saudi sepanjang Ramadan.

Ketua Pertahanan Awam di Mekah, Brigedier Abdullah al-Qurashi berkata, langkah tersebut diluluskan Menteri Dalam Negeri, Putera Abdul Aziz bin Saud dengan mengerahkan ka­kitangan terlatih menangani sebarang potensi ancaman kepada keselamatan.

Jelasnya, sebanyak 38 pusat pertahanan awam yang disokong 24 pusat bermusim ditambah dengan 27 lokasi intervensi dan 30 pos ditempatkan di Masjidilharam untuk menyediakan bantuan.

“Pasukan intervensi pantas juga ditempatkan pada lokasi penting, kawasan tengah dan bangunan-bangunan dengan kepadatan penduduk tinggi.

“Pasukan pencegah pemantau pula dikerahkan di pasar, pusat beli-belah dan tapak suci dengan kelengkapan teknikal serta kenderaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini