STMKB sasar kekalkan pertumbuhan keuntungan kukuh - Utusan Malaysia

STMKB sasar kekalkan pertumbuhan keuntungan kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) mahu mengekalkan pertumbuhan keuntungan yang kukuh tahun ini berdasarkan kepada kecemerlangan prestasi suku pertama 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, syarikat menjangka akan meneruskan momentum pertumbuhan yang mantap dalam perniagaan keluarga dan takaful.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini, kami lihat produk berkaitan dengan kredit menjadi penyumbang utama dan pemacu pertumbuhan bagi syarikat dan ia akan terus berkembang selagi perniagaan pembiayaan Islam terus makmur.

“Yang lain terdiri daripada perniagaan insurans kebakaran, takaful am dan permotoran melalui platform digital kami yang terus merekodkan angka yang positif,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Pada 2018, keuntungan bersih syarikat melonjak 43 peratus kepada RM294.9 juta daripada RM206.7 juta yang dicatatkan pada 2017, di belakang perolehan yang lebih tinggi sebanyak RM2.64 bilion.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019, keuntungan bersih syarikat meningkat 38 peratus kepada RM96.44 juta berbanding RM69.98 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Hasil naik 23 peratus kepada RM918.2 juta daripada RM746.2 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini