CEO Kenanga Futures menang Anugerah CEO Terbaik WIFAA - Utusan Malaysia

CEO Kenanga Futures menang Anugerah CEO Terbaik WIFAA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kenanga Futures Sdn. Bhd., Azila Abdul Aziz memenangi anugerah “CEO Terbaik Tahun Ini” pada Anugerah Wanita dalam Kewangan Asia 2019 (WIFAA) yang julung kali diadakan.

Majlis anugerah anjuran Global Trading Journal dan Markets Media yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu diadakan di Hong Kong pada 3 Mei lalu.

Kenanga Futures dalam kenyataannya berkata, majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 pegawai tinggi dalam industri pasaran modal untuk meraikan wanita paling berbakat dan diiktiraf dalam pelbagai kategori dalam industri kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azila juga merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Derivatif Tersenarai Kenanga Futures. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini