KUALA LUMPUR 9 Mei – Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan dalam sistem konvensional menyusut kepada RM24.43 bilion daripada RM27.01 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM10.42 bilion daripada RM15.28 bilion.
Terdahulu, BNM menawarkan empat tender pasaran wang konvensional, empat tender Qard, satu tender Program Murabahah dan dua tender repo berbalik.
Pada pukul 4 petang, bank pusat mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM24.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM10.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Purata kadar faedah semalaman Islam pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.08 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA











