Pasar Borong Kuala Lumpur diserbu, 32 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Pasar Borong Kuala Lumpur diserbu, 32 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sebanyak 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan penguat kuasa imigresen dalam Op Jaja yang dijalankan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya menggempur tiga premis di pasar borong tersebut dalam operasi bermula pukul 9.30 pagi.

Menurutnya, kesemua 32 PATI berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun termasuk tiga wanita itu ditahan hasil daripada pemeriksaan terhadap 68 warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pecahan tangkapan adalah 21 warga Myanmar, diikuti Indonesia (sembilan) dan India (dua).

“Turut ditahan, dua warga tempatan berusia 38 dan 48 tahun disyaki majikan yang menggaji PATI tersebut,” katanya di sini hari ini.

Ujar Hamidi, operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mendapati PATI terbabit menyalahgunakan pas serta permit selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini