Universal Traveller tawar promosi hebat di Shopee - Utusan Malaysia

Universal Traveller tawar promosi hebat di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Universal Traveller menawarkan diskaun sehingga 70 peratus sempena Super Brand Day yang akan diadakan bersama dengan portal e-Dagang, Shopee selama lima hari bermula 13 Mei ini.

Pengarah Operasi Universal Traveller Malaysia, Eric Poh berkata, para pelanggan portal tersebut berpeluang menikmati diskaun hebat di samping tawaran serta promosi eksklusif barangan keluaran syarikat itu.

Menurutnya, syarikat ini sentiasa mencipta dan mencetus inovasi dalam usaha memenuhi keperluan pengembara moden serta satu cara membawa pembaharuan dalam pengalaman membeli-belah dengan menerokai perniagaan digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama dengan Shopee di platform itu membolehkan kami bukan sahaja mencapai 16 juta pengguna tetapi akan menawarkan keperluan perjalanan menjimatkan kos supaya mereka memperoleh pengalaman kembara luar biasa, sama ada di dalam atau luar negara.

“Universal Traveller telah berkembang maju daripada sebuah peruncit pakaian musim dingin kepada jenama pakaian fesyen yang terkemuka di Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara promosi yang akan dilakukan di Shoppe adalah tawaran serendah RM99 untuk bagasi; potongan 30 peratus dari pukul 8 malam hingga 11.59 malam dengan kejutan tambahan pada 16 Mei dan nikmati potongan 15 peratus dengan perbelanjaan minimum RM180.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya sentiasa berusaha memenuhi keperluan pengembaraan pengguna dari segi fungsi dan gaya dengan kerjasama jenama terkenal dan dipercayai ramai, Universal Traveller.

“Produk itu menawarkan harga lebih rendah daripada harga runcit sekali gus menjadikan Universal Traveller jenama fesyen pertama menganjurkan Super Brand Day di Shopee,” katanya.

Mereka yang ingin menikmati promosi Super Brand Day dan dapatkan set dua dalam satu beg kulit keras laris Urbanlite Ledge atau Urbanlite Ray yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee melalui laman sesawang https://shopee.com.my/m/super-brand-day. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini