Juruteknik maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Juruteknik maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang juruteknik kilang maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Fareez Shamshol Bahari, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hassan Basri berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal menuju ke Gangsa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang guru wanita telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa. 

“Akibat rempuhan itu, mangsa telah tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala wanita berusia 35 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini