Bomba hantar 60,000 liter air kepada penduduk Klang - Utusan Malaysia

Bomba hantar 60,000 liter air kepada penduduk Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Meskipun tugas hakiki mereka memadamkan kebakaran namun tidak menghalang pasukan bomba menghulurkan bantuaan 60,000 liter air kepada penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani, operasi kemanusiaan itu dilakukan beberapa Balai Bomba dan Penyelamat daerah ini bermula pukul 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi. 

Katanya, antara kawasan yang menerima bantuan termasuk di Batu 2, Jalan Rantau, Kampung Perepat, Taman peremat Makmur, Bandar Puteri dan Jalan Kebun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penghantaran air dilakukan secara pukal iaitu di kawasan masjid dan surau, sekolah selain individu yang membawa baldi atau tong air

“Bantuan ini susulan permintaan orang ramai terhadap bantuan khidmat kemanusiaan daripada kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, penghantaran itu tidak menganggu operasi bomba di sekitar kawasan ini termasuk dari segi bekalan air. 

Ujar Samsol, ini berikutan penduduk terlibat memahami tugas utama pasukan bomba dan penyelamat. 

“Kita hanya membantu pihak Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd) membekalkan bekalan air kepada penduduk terjejas dalam membantu urusan harian mereka terutama di bulan Ramadan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini