LONDON 9 Mei – Paul Pogba menegaskan dia berasa bertuah selepas berpeluang meluangkan masanya dengan seorang pejuang kanser muda di sebuah hospita.
Bintang Manchester United itu melawat pesakit, Jack Morgan yang kini bertarung dengan kanser buat kali ketiga di Hospital Pakar Royal Brompton & Harefield.
Jack memuat naik videonya bersama Pogba di Instagram dengan berkata;’Saya sangat bertuah kerana ada seorang pelawat meluangkan masa bersama hari ini, sebelum dibalas Pogba;’Saya yang bertuah itu dan Jack membalas;’Saya amat menghargainya.
Pogba turut membuat naik gambar dengan tulisan;’Kejutan untuk g saya, seorang lelaki yang kuat..Saya mendoakan agar awak pulih segera.
Pogba melawat hospital tersebut bersama Sam Morgan iaitu adik kepada Jack. – AGENSI











