Penganjur himpunan dipanggil beri keterangan 17 Mei - Utusan Malaysia

Penganjur himpunan dipanggil beri keterangan 17 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Penganjur Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan diminta hadir memberi keterangan kepada pihak polis pada 17 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebanyak lima orang akan dipanggil pada tarikh tersebut.

“Kita akan siasat mengikut Seksyen 95 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini seramai 11 individu terdiri daripada pihak pengadu serta saksi telah selesai direkod keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sabtu lalu, kira-kira 3,000 individu menyertai himpunan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2 petang dan berakhir pukul 3.30 petang itu disertai oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Peguambela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Kamaruzaman A Wahab itu berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Sebanyak 600 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memantau dan mengawasi himpunan berkenaan.

Himpunan itu bertujuan membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini