Pemilik Vellfire cermin gelap telah dikenal pasti - Utusan Malaysia

Pemilik Vellfire cermin gelap telah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire bercermin gelap yang melarikan diri ketika cuba diperiksa di Jalan Pudu, di sini semalam, dipercayai kereta sewa.

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kereta tersebut telah dikenal pasti disewa daripada seorang pemilik wanita.

Ujarnya, pihaknya kini sedang giat memburu individu yang menyewa kenderaan itu dan siasatan masih diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh tampil membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini