BANGKOK 9 Mei – Bank of Thailand semalam mengumumkan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus meskipun ketika ketidaktentuan ekonomi global dan domestik.
Setiausaha Jawatankuasa Dasar Monetari, Titanun Mallikamas dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa itu mengadakan undian secara sebulat suara hari ini bagi mengekalkan kadar dasar semalaman tersebut.
Bagi mempertimbangkan keputusan dasar tersebut, beliau berkata jawatankuasa itu menetapkan bahawa ekonomi Thailand akan berkembang pada kadar perlahan berbanding yang dinilai sebelum ini, manakala inflasi diunjurkan pada tahap lebih rendah daripada inflasi yang dijangkakan.
“Keseluruhannya, kedudukan kewangan kekal akomodatif dan kondusif kepada pertumbuhan ekonomi. Bagaimanapun, wujud risiko terhadap kestabilan kewangan pada masa depan yang memerlukan pemantauan berterusan,” katanya. – BERNAMA











