Pelajar Kolej Vokasional Besut maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pelajar Kolej Vokasional Besut maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 9 Mei – Seorang pelajar yang sedang menjalani latihan dalam kerja di Kolej Vokasional Besut (KVB) maut apabila motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kampung Gong Kepas Dalam di sini petang semalam.

Mangsa, Mohammad Asyreff Mohd. Presley, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 6.45 petang sewaktu mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda Future dari Kampung Gong Kepas Luar menuju ke Kampung Gong Kepas Dalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pada masa sama, seorang rakannya, Muhammad Hafizuddin Ismail, 20, yang juga pelajar latihan dalam kerja KVB menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda yang mengikutinya dari belakang.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas ACE yang ditunggang oleh Muhammad Zulhisyam Mohd. Zaini dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan mangsa dan rakannya.

“Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Zulhisyam cedera parah di kepala dan patah paha kanan sebelum dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, manakala seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Hafizuddin hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini