BIMB jangka pertumbuhan pinjaman pada kadar sederhana - Utusan Malaysia

BIMB jangka pertumbuhan pinjaman pada kadar sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) yakin pertumbuhan pinjaman bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2019 akan mengatasi purata industri walaupun pada paras sederhana antara enam dan tujuh peratus.

Kuala Lumpur 16 April 2019Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad , Mohd. Muazzam Mohamed Gambar Rosni Masri Pemberita Shahizam (meja Ekonomi Utusan)Azhar Kosmo

Data perbankan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menunjukkan pertumbuhan pinjaman susut kepada 4.9 peratus tahun ke tahun pada Mac 2019 daripada lima peratus pada Februari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, prestasi BIMB pada suku pertama yang akan diumumkan bulan ini dijangka memberangsangkan.

“Segmen perbankan pengguna masih menjadi bahagian terbesar pertumbuhan dan bagi setahun penuh 2019, ia akan terus memacu prestasi BIMB,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, perniagaan perbankan pengguna BIMB kini mewakili 60 peratus daripada keseluruhan aset dan 75 peratus daripada pembiayaan.

Bagi tahun kewangan 2018, keuntungan sebelum zakat dan percukaian BIMB meningkat 5.6 peratus kepada RM810.3 juta daripada RM767.1 juta sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini