Unit Inta Bina peroleh kontrak RM178.2 juta - Utusan Malaysia

Unit Inta Bina peroleh kontrak RM178.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Anak syarikat Inta Bina Group Bhd., Inta Bina Sdn. Bhd. (IBSB) memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM178.2 juta daripada Southville City Sdn. Bhd..

Menurut Inta Bina, kontrak itu adalah bagi pelantikan IBSB sebagai kontraktor utama pembangunan Fasa 1 dan 2 Southville City Sensory Residence, di Bangi.

Katanya. Fasa 1 projek tersebut akan terdiri daripada satu blok (Blok A) sebanyak 329 unit pangsapuri perkhidmatan dan 148 unit pangsapuri perkhidmatan mampu milik, manakala Fasa 2 terdiri daripada satu blok (Blok B) sebanyak 488 unit pangsapuri perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fasa satu dijangka siap dalam masa 30 bulan daripada tarikh pembinaan bermula, manakala fasa 2 dijangkakan dalam masa 31 bulan.

“IBSB merancang membiayai kontrak tersebut menerusi dana dalaman dan/atau pinjaman luaran,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini