Kementerian usul pinda Akta Perikanan - Salahuddin - Utusan Malaysia

Kementerian usul pinda Akta Perikanan – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membawa usul meminda Akta Perikanan pada sidang Dewan Rakyat akan datang bagi membolehkan nelayan tempatan memasuki laut dalam.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia bagi membuka peluang kepada para nelayan menceburi industri penangkapan ikan tuna yang merupakan antara industri terbesar dunia.  

“Kita akan berikan permit dahulu, tetapi kita perlu menunggu untuk parlimen pada sesi akan datang bagi meminda akta perikanan kita untuk membolehkan nelayan kita pergi ke lautan lepas. Ini saya boleh nampak antara masa depan industri yang boleh memberikan pulangan yang cukup baik sebab industri tuna ini ada potensi pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Setahun Malaysia Baharu: Transformasi Pertanian’, di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, katanya, kementerian sedang mencari model terbaik bagi menggantikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang akan tamat konsesinya pada 2021.

Salahuddin berkata, modul itu belum dapat dimuktamadkan lagi kerana ia perlu dibahaskan pada lapan peringkat kementerian. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini