1,700 penduduk Palestin bakal menjadi cacat - Utusan Malaysia

1,700 penduduk Palestin bakal menjadi cacat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 9 Mei – Dianggarkan kira-kira 1,700 penduduk Palestin yang cedera akibat terkena tembakan pasukan tentera Israel bakal berdepan dengan risiko cacat dalam tempoh dua tahun akan datang apabila anggota badan yang cedera terpaksa dipotong akibat kekurangan bekalan perubatan.

Penyelaras Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamie McGoldrick berkata, sebanyak 29,000 penduduk Palestin cedera dalam siri tunjuk perasaan pada tahun lalu dan 7,000 daripadanya mempunyai luka tembakan terutamanya pada bahagian kaki.

“Terdapat kira-kira 1,700 pesakit dalam kedaaan kritikal dan memerlukan bantuan perubatan segera termasuk proses pembedahan yang sukar bagi membolehkan mereka berjalan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka merupakan golongan yang amat memerlukan prosedur pemulihan dan jika tindakan itu gagal dilakukan, penduduk Palestin ini bakal kehilangan kaki dan menjadi cacat,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Arab News. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini