Gangguan bekalan air di Klang pulih mulai esok - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Klang pulih mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang susulan tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping, dijangka pulih secara berperingkat mulai esok.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata, kontraktor Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sedang bekerja 24 jam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip berkenaan yang telah siap pada kadar 35 peratus sehingga semalam.

Beliau berkata, kontraktor Air Selangor perlu mengambil masa membaiki tiga paip besar berukuran 1400mm, 900mm dan 600mm yang pecah Ahad lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta kesabaran penduduk Klang sebab masalah air ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Kontraktor bekerja 24 jam bagi memastikan air disambung balik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kementeriannya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini