Dua pelajar perempuan maut, seorang cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Dua pelajar perempuan maut, seorang cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi itu, mangsa Siti Norhanim Alia Hamid, 17, menunggang motosikal bersendirian maut serta-merta di lokasi kejadian.

Manakala rakan mangsa, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, yang menaiki motosikal lain pula disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala adik Nor Asmidar Iliana, Puteri Balqis, 13, yang membonceng motosikal turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tumpat.

Kesemua mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini