MIDF semak semula unjuran ringgit - Utusan Malaysia

MIDF semak semula unjuran ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MIDF Research menyemak semula unjuran akhir tahunannya bagi ringgit dengan menurunkan kadar tersebut kepada RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), iaitu penurunan dua peratus daripada RM4.00 sebelumnya.

Langkah itu diambil beri­kutan keputusan dana harta negara (SWF) Norway untuk mengurangkan pendedahan ke atas pasaran sedang pesat membangun termasuk Malaysia.

Melaluinya, ia dijangka menyebabkan aliran keluar besar-besaran dari pasaran bon Malaysia dari semasa ke semasa, yang memberi tekanan ke atas ringgit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kemungkinan penurunan gred bagi pasaran bon Malaysia oleh FTSE Russell akan terus mempengaruhi ringgit sehingga September 2019, tarikh akhir yang diberikan.

“Jika penurunan gred itu dilakukan, Malaysia akan terkeluar daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) buat pertama kalinya sejak tahun 2007.

“Ia juga akan menyebabkan pertambahan aliran keluar daripada pasaran bon domestik, sekali gus meningkatkan peluang penurunan lagi nilai mata wang tempatan,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota yang dikeluarkan di sini semalam.

MIDF Research menjelaskan, perjanjian perdagangan antara AS dan China dijangka memberi kelegaan kepada dunia.

“Ancaman terbaharu Pre­siden AS, Donald Trump untuk menaikkan tarif ke atas bara­ngan China bernilai AS$200 bilion (RM828 bilion) kepada 25 peratus berbanding 10 peratus berkuat kuasa Jumaat ini telah meningkatkan ketegangan perdagangan,” kata firma itu.

Jika rundingan itu gagal, ia akan menjejaskan lagi aktiviti perdagangan dan pelaburan dunia termasuk Malaysia yang seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan.

Permintaan eksport lemah dijangka mengecilkan lebihan akaun semasa negara yang menyumbang kepada kelemahan nilai ringgit.

Tambah MIDF Research, meskipun semua risiko negatif yang terarah kepada ringgit, pe­ningkatan perlahan-lahan harga komoditi terutamanya minyak mentah Brent, kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang bertambah baik, aktiviti pelaburan dan penggunaan domestik yang rancak. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini