BEIRUT 8 Mei – Seramai 10 orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh rejim Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia di wilayah Idlib, Syria semalam.
Menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, kejadian tersebut berlaku di kawasan kumpulan pemberontak dikuasai oleh bekas Al-Qaeda cawangan Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang aktif.
Rejim Bashar dan Rusia telah meningkatkan pengeboman beberapa hari lalu dengan hospital serta sekolah telah terkena serangan udara berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











