CUERNAVACA, Mexico 9 Mei – Dua pemimpin kesatuan terbunuh dan dua cedera dalam kejadian tembakan dilakukan seorang suspek di dataran sentral, Cuernavaca semalam.
Ketika kejadian itu, dataran dipenuhi orang ramai sedang melakukan kerja masing-masing sebelum seorang lelaki muda melepaskan beberapa tembakan ke arah mereka.
Menurut koresponden AFP, David Monroy, mereka berada di dataran tersebut seperti pada pagi hari lain namun sekurang-kurangnya lima tembakan dilepaskan suspek.
Memuatkan artikel berkaitan…
Video daripada TV Mexico menunjukkan suspek melarikan diri dari lokasi serangan yang dikejar pihak polis.
Suspek kemudian berjaya ditahan namun identitinya belum dikenal pasti lagi. – AFP











