Bila nak umum bonus? - Utusan Malaysia

Bila nak umum bonus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KAKITANGAN
awam pastinya begitu teruja dan ternanti-nanti pengumuman Perdana Menteri mengenai ganjaran bonus menjelang Hari Raya Aidilfitri, juga tertanya-tanya jumlahnya pada kali ini.

Kalau pada 2018, bonus Hari Raya Aidilfitri hanya RM500 dan untuk pesara RM200.

Dengan harga barang yang naik mendadak seolah-olah tidak terkawal seperti ikan kembung mencecah RM20 sekilogram (sekg.) sotong serta udang RM40 sekg. ditambah harga makanan lauk pauk naik dan kuih-muih di bazar Ramadan semakin mengecil, menjadikan kakitangan awam dan orang ramai agak gelisah dengan perkembangan ‘bajet’ keluarga masing-masing pada masa kini. Tambahan lagi menjelang hari lebaran, mana hendak difikirkan untuk persediaan membeli baju raya anak-anak dan sambutan di rumah serta perbelanjaan untuk balik kampung juga mungkin terbantut. Inilah realiti yang terpaksa ditempuhi oleh kakitangan kerajaan kerana mereka akan akur dan reda dengan apa juga masalah yang dihadapi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga sedang merayu kerajaan agar dapat menimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji, tidak kira kategori atau pangkat.

Diharap Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat menimbangkan keluhan dan rintihan penjawat awam supaya diberikan bonus yang lebih baik memandangkan itulah sahaja harapan sumber yang boleh dibawa balik terutama sekali menjelang akhir Ramadan. Membantu dan memberikan pertolongan kepada kakitangan awam juga adalah satu ibadah tambah-tambah lagi di bulan penuh keberkatan ini.

Seterusnya penjawat awam juga teruja kalau-kalau gaji juga dapat dinaikkan agar dapat mengimbangi di antara pendapatan dengan perbelanjaan. Ganjarannya tetap ada kerana orang yang memberi akan dapat berlipat kali ganda jika kita ikhlas dan yakin dengan janji-janji Allah.

SYED ABDULLAH 
SYED OSMAN

Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini