Dijaga pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Dijaga pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBERI keutamaan sepenuhnya kepada keluarga terutama anak-anak, pelakon popular Nora Danish sentiasa memastikan kelancaran rumah tangganya itu seiring dengan perkembangan kerjaya.

Justeru menurut Nora, dia terpaksa bersikap memilih untuk menerima sebarang naskhah yang ditawarkan.

Kata pelakon ini, dia terpaksa menetapkan syarat kepada sesebuah produksi sekiranya mahu mengambilnya berlakon dalam mana-mana drama atau filem kerana tidak mahu jadual bersama

Memuatkan artikel berkaitan…
 

anak-anak terjejas disebabkan kesibukannya di lokasi.

“Keutamaan saya semestinya untuk keluarga. Sebab itu saya akan memilih naskhah yang terbaik sahaja. Saya menerima tawaran berlakon yang boleh menyampaikan mesej yang baik buat penonton.

“Selain itu saya juga telah tetapkan syarat untuk diri sendiri supaya waktu bekerja tidak sehingga lewat malam. Saya harus pulang awal untuk menguruskan anak-anak di rumah.

“Saya tidak pernah bawa anak ke lokasi kerana tidak mahu menyusahkan kru produksi. Kasihan juga anak saya jika terpaksa tunggu lama ketika penggambaran,” ujar Nora.

Nora berkahwin dengan Nedim Nadzri pada Mac 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada Februari tahun lalu yang diberi nama Mohamed Neqayl.

Bercerita tentang suami, menurut Nora, Nedim merupakan seorang suami yang sangat penyayang dan melindungi.

Dek kerana terlalu risaukan keselamatan isteri, Nedim mengupah pengawal peribadi yang sentiasa akan ikut ke mana sahaja Nora pergi.

“Suami bimbang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Jadi selepas berkahwin, dia minta pengawal peribadi untuk sentiasa ikut ke mana sahaja saya pergi.

“Pada awalnya memang tidak selesa kerana saya sudah biasa lakukan semuanya sendiri. Tetapi perlu juga fikir soal keselamatan kerana sekarang macam-macam kes boleh terjadi,” jelas Nora yang turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli, 11, hasil perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli.

Ketika ini Nora tampil dalam drama berjudul Imaan yang turut membariskan pelakon popular lain seperti Remy Ishak dan Fendy Bakry.

Ia disiarkan setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini