330 sertai Wacana Kesedaran Halal - Utusan Malaysia

330 sertai Wacana Kesedaran Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Seramai 330 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, ahli jawatankuasa masjid, guru dan usahawan di negeri Melaka menyertai program Wacana Kesedaran Halal Peringkat Negeri Melaka 2019.

Menurut laman web rasmi Jakim, program yang diadakan pada 30 April lalu di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka itu merupakan anjuran Melaka Halal Hub dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

“Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan Pensijilan Halal Malaysia kepada masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program yang berlangsung hampir tiga jam ini diisi dengan dua sesi pembentangan menyentuh isu-isu halal semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini