Nasi Bakar Ole Bali menu khas di restoran Kelapa Lelehhh Kampor - Utusan Malaysia

Nasi Bakar Ole Bali menu khas di restoran Kelapa Lelehhh Kampor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Campuran citarasa Indonesia dan Malaysia melalui menu Nasi Bakar Ole Bali dihidangkan khas kepada pengunjung restoran Kelapa Lelehhh Kampor di sini sempena bulan Ramadan ini.

Apa yang menariknya, hidangan berasal dari Bali, Indonesia itu dimasak dengan cara tersendiri bagi memenuhi citarasa masyarakat di negara ini selain mengekalkan rasa asal menu berkenaan.

Pengasas Kelapa Lelehhh Kampor, Hasni Farlina Mohd. Sani berkata, menu yang telah dihidangkan sejak tiga tahun lalu itu sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Istimewanya pada tahun ini, kita menghidangkannya dengan sedikit kelainan apabila nasi putihnya dikukus dan dibakar di dalam daun pisang agar aromanya lebih memikat selera.

“Para pengunjung boleh memilih dua lauk berbeza dalam hidangan tersebut iaitu Kambing Bakar Jowo dan Sotong Bakar Jowo,” katanya ketika ditemui di restorannya berhampiran Masjid An-Nur Kampar di sini.

Tambah Hasni Farlina, selain dua lauk pilihan tersebut, Nasi Bakar Ole Bali turut dihidangkan bersama ayam berempah tersendiri, sambal bali yang diolah, kuah kari, sambal jawa, kerabu taugeh dan kacang botol, telur masin serta salad dan air sirap selasih yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Mengulas lanjut, bekas jururawat yang pernah bertugas di Arab Saudi itu berkata, resepi rahsia tersebut diwarisi daripada ibunya yang pernah mempelajari menu tersebut daripada warga Indonesia suatu ketika dahulu.

“Selain itu, menu lain yang dihidangkan kepada pengunjung pada setiap hari turut ada termasuk pelbagai jenis kelapa leleh, makanan barat dan nasi.

“Para pengunjung yang berbuka puasa di restoren ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah duit raya RM200 selain kupon-kupon seperti ais krim, kelapa goncang dan masakan barat secara percuma,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini