Ibu adu AADK anak lembam terjebak dadah - Utusan Malaysia

Ibu adu AADK anak lembam terjebak dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Kecewa anak lelakinya terlibat dalam gejala dadah biarpun merupakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori lembam, seorang wanita bertindak menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Hasil maklumat tersebut, suspek yang berusia 30 tahun berjaya ditahan pasukan penguat kuasa AADK Besut pada pukul 9.30 pagi semalam.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, ujian urin mengesahkan dakwaan ibunya yang pekerja am itu positif dadah jenis methampethamine.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serbuan dilakukan hasil maklumat ibu suspek sendiri yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku anak lelakinya yang terjebak dengan gejala dadah.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki lembam mengaku mengambil dadah akibat pergaulan salah dengan rakan sekampung,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Noor Hafizza berkata, lelaki lembam itu telah ditahan reman selama 14 hari sehingga 21 Mei depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujar beliau, perintah reman itu dibenarkan Majistret  Raja Nurshuzianna Syakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini