Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek 5G - Utusan Malaysia

Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek perniagaan 5G dan telah melangkah ke hadapan secara agresif dengan pelan mengatur kedudukan, menurut laporan dikeluarkan Vertiv, sebuah syarikat berasaskan teknologi Amerika Syarikat (AS) bersama dengan firma penganalisis teknologi, 451 Research.

Laporan itu hasil daripada kajian mendalam terhadap lebih daripada 100 pembuat keputusan telekom global yang terbabit dalam 5G dan mempunyai strategi serta perancangan mantap.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 12 peratus pengendali dijangka melancarkan perkhidmatan 5G pada tahun ini dan tambahan 86 peratus dijangka menyampaikan perkhidmatan 5G menjelang 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, perkhidmatan permulaan akan memberi tumpuan kepada menyokong perkhidmatan data sedia ada (96 peratus) dan perkhidmatan pengguna baharu (36 peratus).

“Satu pertiga responden (32 peratus) dijangka menyokong perkhidmatan perusahaan sedia ada dengan 18 peratus mengatakan mereka berharap untuk menyampaikan perkhidmatan perusahaan baharu.

“Oleh kerana rangkaian terus berkembang dan liputan lebih meluas, 5G sendiri akan menjadi penggerak penting bagi penggunaan kelebihan baharu yang memerlukan jalur lebar tinggi, penghantaran kadar kependaman data yang rendah, seperti realiti maya dan tambahan, penjagaan kesihatan digital dan rumah pintar, bangunan, kilang dan bandaraya,” kata laporan itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini