[VIDEO] Jenazah tiga beranak selamat dikebumi malam tadi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jenazah tiga beranak selamat dikebumi malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Suasana pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarhamah, Nor Zurita Shah Kadir, 27, yang maut bersama dua anaknya, Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 5, dan Siti Husna Qaisara, 4, semalam.

Tiga beranak itu maut serentak selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang membawa daun ketum seberat 150 kilogram di Jalan Machang – Tanah Merah – Jeli di Nibong, di sini kira-kira pukul 7.30 pagi semalam.

Dalam tinjauan Kosmo! Online ke kediaman itu mendapati ibu Nor Zurita, Faridah Latiff, 48, sedang menenangkan anak saudara perempuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah ketiga-tiganya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gual Jedok kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Sementara itu, suspek berusia 25 tahun yang memandu kereta Proton Wira dan merempuh mangsa direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini