Peniaga didakwa miliki pakaian tiruan  - Utusan Malaysia

Peniaga didakwa miliki pakaian tiruan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki pakaian tiruan jenama Kenzo dan Givenchy bernilai RM44,750, Ahad lalu.

Tertuduh, Leow Kuan Yao, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mempunyai dalam jagaan dan kawalannya untuk pembekalan 70 helai baju-T pelbagai warna dan saiz serta lima helai baju sejuk jenama Kenzo dan 16 helai baju-T pelbagai warna dan saiz dan sehelai baju sejuk jenama Givenchy palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tersebut dilakukan di premis Fashion Foward Community Corner, Tingkat 2 Centro Mall, Jalan Batu Tiga Lama, Klang kira-kira pukul 12.10 tengah hari, Ahad lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan cap dagangan palsu atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pedakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Shaiful Azhari Jamaluddin memohon tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin memandangkan nilai jualan itu agak tinggi.

Bagaimanapun, Kuan Yao tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan susulan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan baharu sahaja membuka premis pakaian itu kira-kira dua bulan lalu. 

“Saya juga mempunyai pinjaman dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lain bagi menjalankan perniagaan ini,” katanya. 

Rofiah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada pihak mahkamah. 

Tertuduh membayar wang jaminan itu dan sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Jun depan untuk serahan dokumen.

Kosmo! hari ini melaporkan taktik sebuah premis menjual pakaian tiruan menerusi jualan murah di sebuah pusat beli-belah di sini terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, Ahad lalu. 

Dalam serbuan pukul 12 tengah hari oleh KPDNHEP Selangor merampas 92 pakaian termasuk baju sejuk jenama Kenzo dan Givenchy bernilai RM44,750. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini