Penurunan OPR rangsang ekonomi - Utusan Malaysia

Penurunan OPR rangsang ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bakal memberi manfaat kepada sektor-sektor yang ba­nyak menggunakan dana seperti pembinaan terutamanya melibatkan pelaksanaan semu­la projek-projek mega seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar faedah yang lebih rendah pasti memberi kelegaan kepada pemaju untuk membuat pinjaman yang mana ia memberi impak positif kepada perniagaan dalam jangka masa panjang.

Menurut beliau, rakyat juga tidak terkecuali apabila komitmen pembayaran pinjaman kadar berubah sedia ada semakin rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitu juga dengan pinjaman-pinjaman baharu, mereka akan menikmati kadar faedah lebih rendah.

“Secara tidak langsung pendapatan boleh guna rakyat akan sedikit meningkat sekali gus merangsang perbelanjaan dan merancakkan ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

BNM menurunkan OPR pada tiga peratus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini. Kali terakhir BNM menaikkan OPR sebanyak 0.25 peratus kepada 3.25 peratus pada Januari 2018.

BNM dalam kenyataannya berkata, kadar koridor terendah dan tertinggi bagi OPR, masing-masing pada 2.75 peratus dan 3.25 peratus.

Menurut BNM, ekonomi global terus berkembang sederhana sementara pertumbuhan lebih baik berbanding jangkaan dicatatkan di beberapa ekonomi utama pada suku pertama.

“Keadaan ini dijangka sederhana pada masa depan. Risiko terhadap pertumbuhan global kekal menurun akibat daripada ketegangan pwerdagangan selain kelemahan khusus pada negara-negara ekonomi utama.

“Walaupun pengetatan kewangan global sedikit merosot, ketidakpastian dasar yang semakin tinggi boleh menyebabkan pelarasan kewangan yang besar dan seterusnya menjejaskan unjuran keseluruhan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini