Djokovic benam Fritz di Madrid - Utusan Malaysia

Djokovic benam Fritz di Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 7 Mei – Novak Djokovic hanya memerlukan 65 minit untuk memulakan aksinya pada kejohanan tenis Terbuka Madrid dengan kemenangan, selepas dia menyingkirkan Taylor Fritz 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga, hari ini.

Pilihan utama dan pemain No. 1 dunia itu melakukan break-point sebanyak tiga kali sewaktu dia ‘sekolahkan’ pemain Amerika Syarikat itu.

Djokovic memenangi gelaran di Madrid pada 2011 dan 2016. Dia kini memburu trofi Grand Slam keempat berturut-turut di Roland Garros, bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pilihan ketiga, Roger Federer yang melakukan kepulangan di gelanggang tanah liat, selepas dua musim tidak beraksi pada pertandingan permukaan tersebut, akan berdepan pemain Perancis, Richard Gasquet pada pusingan kedua, selepas mendapat bye.

Pemenang Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka memulakan kempennya di Madrid dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas Pierre-Hugues Herbert untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

“Ini satu pertarungan hebat untuk perlawanan pertama. Saya beraksi baik sewaktu berlatih dan berasa sangat positif, jadi, amat penting untuk saya memulakan saingan dengan langkah kanan, hari ini.

“Saya berharap akan kembali mendapatkan rentak permainan. Saya seorang yang sabar untuk menunggu sesuatu yang memerlukan tempoh yang panjang,” kata Wawrinka yang terpaksa menjalani dua pembedahan lutut pada Ogos 2017.

Wawrinka akan bertemu Guido Pella dalam aksi berikut, setelah pemain Argentina itu menewaskan Daniil Medvedev 6-2, 1-6, 6-3.

Sementara itu, dalam saingan wanita, pilihan ketiga dan juara dua kali, Simona Halep dari Romania menundukkan Johanna Konta 7-5, 6-1 pada pusingan kedua.

“Saya berasa sangat baik setiap kali datang ke Madrid dan saya gembira dapat kembali dan memenangi perlawanan,” kata Halep. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini