Labah-labah perangkap lapan cicak besar, ular dalam sarang - Utusan Malaysia

Labah-labah perangkap lapan cicak besar, ular dalam sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADELAIDE – Seorang pemburu ular Australia tergamam selepas menjumpai sekurang-kurangnya lapan bangkai cicak besar termasuk ular kecil dalam sarang labah-labah jenis redback di rumahnya di sini baru-baru ini.

Ange Broadstock memuat naik gambar penemuan itu di laman sosial dan mengakui dia belum pernah melihat tingkah laku sebegitu daripada seekor labah-labah redback.

Labah-labah berbisa itu lebih tertarik untuk membina sarang pada struktur binaan manusia termasuk rumah berbanding di kawasan semula jadi terbuka. Labah-labah redback boleh ditemui di Australia, New Zealand, Jepun dan Britain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman memelihara labah-labah redback dan menegaskan bahawa ia memiliki sifat haiwan pemburu.

“Saya ada menyimpan lima ekor labah-labah redback betina dan mereka memang pembunuh sejati. Apabila diberi peluang, mereka akan membunuh apa sahaja,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini