Bale dimaklumkan kariernya telah berakhir di Real - Utusan Malaysia

Bale dimaklumkan kariernya telah berakhir di Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 7 Mei – Bos Real Madrid, Zinedine Zidane memberitahu Gareth Bale bahawa karier pemain itu di Bernabeu telahpun berakhir dan dia akan dijual pada musim panas ini.

Bintang Wales itu berselisih pendapat dengan Zidane, musim lepas, sewaktu bos Real Madrid tersebut kali pertama mengambil alih Los Blancos.

Bale bersedia untuk meninggalkan kelab, musim panas lalu, tetapi, Zidane mengejutkan ketua Real Madrid dengan meletakkan jawatannya tidak sampai dua minggu selepas kelab itu memenangi buat kali ketiga berturut-turut gelaran Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zidane pula sejak kembali ke Bernabeu, masih gagal menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Bale. Warga Perancis tersebut hanya bersetuju kembali menyandang jawatannya dengan syarat kelab bersedia memberikan sokongan penuh dalam pasaran perpindahan, musim panas ini, bagi membina semula skuad bimbingannya itu.

Zidane mahu mendapatkan tandatangan Eden Hazard, Paul Pogba dan Luka Jovic, manakala Bale yang menerima gaji sebanyak 500,000 pound (RM2.71 juta) seminggu akan dijualnya bagi mendapatkan dana sokongan untuk pembentukan semula skuad Real.

Menurut laporan media Britain, Daily Mail, Bale telah bertemu dengan Zidane, minggu ini, dan warga Perancis itu memberitahu bintang sayap tersebut, dia tidak lagi berada dalam perancangannya dan perlu meninggalkan kelab sebaik musim berakhir.

Bale diketepikan sewaktu Real mencatat kemenangan ke atas Villarreal, hujung minggu lalu dan kelihatannya dia juga tidak akan diturunkan dalam baki dua perlawanan terakhir, musim ini. Bagi pihak Bale, difahamkan pemain itu mahu kekal di Madrid dan berikrar dia akan memastikan kelab gergasi Sepanyol itu tidak mendapat laluan mudah menjualnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini