Tidur pemain Barca diganggu - Utusan Malaysia

Tidur pemain Barca diganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mei – Penyokong Liverpool begitu terdesak mahu melihat pasukan kesayangan mereka mara ke pentas final Liga Juara-Juara apabila sanggup membakar mercun di luar hotel penginapan pemain Barcelona bertujuan mengganggu tidur anak-anak buah Ernesto Valverde.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu tular di media sosial apabila mercun dibakar di luar hotel Hilton di tengah bandar Liverpool semalam.

Difahamkan mercun tersebut dibakar pada pukul 4 pagi malah dalam rakaman video tersebut terdapat menyokong membuat bising dengan memanggil nama penyerang Barca, Lionel Messi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Merseyside mengesahkan kejadian tersebut apabila mercun dibakar di tempat awam di antara pukul 11 malam hingga tujuh pagi.

“Kami boleh mengesahkan terdapat satu laporan mengenai mercun dibakar di Chavasse Park dekat banda Liverpool sekitar pukul 4 pagi.

“Jika sesiapa mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut sila hubungi Polis Merseyside,” katanya dalam satu kenyataan.

Liverpool berdepan misi sukar apabila mereka tewas 0-3 kepada Barca dalam aksi separuh akhir pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini