Teruskan tradisi beri lebih 300 keping martabak percuma - Utusan Malaysia

Teruskan tradisi beri lebih 300 keping martabak percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pengusaha sebuah restoran nasi briani di Padang Temu di sini memberikan lebih 300 keping martabak secara percuma kepada penduduk setempat serta anak-anak yatim sempena menyambut Ramadan di sini semalam.

Menurut Muhammad Nazli Zainul Abidin, 40, pemberian itu merupakan tradisi keluarganya sejak sembilan tahun lalu dan diteruskan pada Ramadan kali ini.

“Pengasas restoran ini adalah bapa mertua saya dan beliau telah pun meninggal dunia pada Disember lalu. Kini saya meneruskan tradisi Allahyarham memberikan martabak secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda berkongsi rezeki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semalam kita memberikan lebih 300 keping martabak dan sekiranya masih ada lagi orang yang datang, kita akan tetap buat diberikan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, terdapat pelanggan yang ingin membayar kerana mengambil tiga hingga empat keping martabak, namun juadah berbuka itu tetap diberikan secara percuma kerana telah diniatkan untuk bersedekah.

Mengulas lanjut, Muhammad Nazli memberitahu, pemberian itu tidak dihebahkab di laman sosial Facebook seperti tahun sebelumnya kerana bimbang orang ramai terpaksa beratur dan menunggu terlalu lama dalam cuaca panas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini