Bank Rakyat bantu vendor Petronas - Utusan Malaysia

Bank Rakyat bantu vendor Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 7 Mei – Bank Rakyat dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk perkongsian strategik menyediakan penyelesaian kewangan kepada vendor Petronas melalui Program Pembiayaan Vendor.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, melalui inisiatif itu, Bank Rakyat menyediakan kemudahan pembiayaan sehingga RM10 juta kepada vendor Petronas yang layak.

Katanya, pembiayaan vendor berkenaan terbuka kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang mendapat kontrak dengan Petronas dan menepati penilaian kredit oleh Bank Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program Pembiayaan Vendor ini bertujuan memberi manfaat kepada PKS khususnya dalam sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan dan kecairan penggiat sektor itu.

“Ia juga untuk membantu vendor dari segi modal kerja dan meningkatkan aliran tunai bagi menyiapkan kontrak yang diberikan oleh Petronas,” katanya pada majlis menandatangani MoU di antara Bank Rakyat dan Petronas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini